Sunday, July 13, 2008

epidemiological triad

segi tiga epedemiologi merupakan model asas untuk menerangkan hubungan penyakit berjangkit.

agent,hos dan persekitaran adalah tiga faktor yang mempengaruhi penyakit terutama penyakit berjangkit. (walaupun model ini boleh juga digunakan untuk menerangkan penyakit yang tidak berjangkit)

Hos ia itu manusia atau haiwan ( transmisi jangkitan haiwan kpd manusia di kenali sebagai Zoonosis disease)boleh di pertingkatkan daya tahan melawan jangkitan melalui pembentukan antibodi/daya tahan melawan penyakit melalui pemberian immunisasi.
Hos juga boleh meningkatkan imuniti melalui nutrisi (makanan)yang seimbang dan baik.
terdapat juga hos yang mana daya kebolehan melawan jangkitan adalah rendah.hos sebergini dinamakan hos rentan.Kumpulan hos rentan yang biasa ditemui ialah kanak-kanak,orang tua dan ibu mengandung.pesakit HIV ataupun 'immunosuppresive patient' juga merupakan hos rentan.
hos rentan ini boleh/lebih terdedah kepada risiko jangkitan/agen penyakit.

agen penyakit berjangkit biasanya mikro organisma seperti bakteria,virus mau pun parasit.agen ini boleh memasuki hos bergantung kepada ciri-ciri organisma seperti sifat infektif,kepatogenan,kevirulenan dan keimunogenan mikro organisma tersebut.

persekitaran pula menentukan kemampuan atau kesesuaian sesuatu agen/vektor untuk membiak dan berkembang.apabila persekitaran itu sesuai ,maka risiko untuk terjadinya penyakit akan bertambah dan sebaliknya.
persekitaran untuk pembiakan atau pertumbuhan mikroorganisma mempunyai perkaitan yang rapat dengan persekitaran manusia.secara asasnya persekitran boleh dibahagikan kepada pesekitran fizikal,persekitaran biologikal dan persekitaran sosial.

Thursday, July 10, 2008

transmission of disease

kita telah mengetahui bahawa penyakit boleh terjadi disebabkan oleh faktor - faktor fizikal,biologi,kimia,radiasi....ataupun suhu yang terlampau.dalam konteks penyakit berjangkit,yang biasanya disebabkan agen jangkitan mikro organisama (biologi)transmisi sesuatu penyakit amatlah penting dikenal pasti untuk membolehkan pencegahan dan kawalan dilakukan.

model segitiga epidemiologi (epidemiology triad)ia itu hubungkait antara hos,agen dan persekitaran,merupakan antara model yang menerangkan dengan ringkas sesuatu transmisi penyakit.

transmisi penyakit juga boleh difahami berdasarkan pengkelasan ciri-ciri bawaan penyakit tersebut.
pengkelasan yang lazim dipakai ialah :
+ bawaan air dan makanan
+ bawaan udara
+ bawaan vektor
+ bawaan darah/cecair badan
+ 'closed contact'
+ jangkitan melalui hubungan seksual.

Transmisi jangkitan ini dapat diputuskan melalui intervensi samada pada hos,agen rebakan penyakit atau pengawalan kepada persekitaran.Keadah intervensi ini dinamakan sebagai 'memutuskan rantaian jangkitan'.
Let's thinks what are a steps to break a chain of transmission for an airborne disease

Tuesday, July 8, 2008

what is disease ?

wikipedia menyatakan penyakit sebagai
A disease is an abnormal condition of an organism that impairs bodily functions. It is also defined as a way of the body harming its self in an abnormal way
.Manakala sakit pula sebagai
Illness (sometimes referred to as ill-health or ail) can be defined as a state of poor health.


Perbezaan antara sakit dan penyakit mempunyai hubungkait yang rapat.penyakit biasanya merujuk kepada penyebab kesakitan ...manakala sakit lebih merujuk kepada keadaan 'kesakitan ' tersebut.

Adalah difahami penyakit boleh dikatogerikan kepada berbagai klasifikasi, dan salah satu klasifikasi yang penting adalah penyakit berjangkit terutama dari segi bidang (skop) kesihatan komuniti.